17 Mac 2017

usrah mingguan kali -2 / berkasih sayang kerana Allah

PENGENALAN
MAKSUD Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.


PELAKSANAAN USRAH

1. Usrah diadakan sekali setiap bulan. 
2. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
3. Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
4. Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah solat Maghrib berjemaah, berwirid dengan al-Ma'thurat* dan membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah.
5. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya. 
6. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.
7. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
8. Terdapat juga aktiviti yang menarik seperti game yang mempunyai nilai yang baik , penilaian hafazan , dan perkongsian cerita 
9.  Usrah dikehendaki bersurai di sekitar jam 9 malam , sesudah membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr.


Usrah bagi pelajar lelaki kali ini berada di dewan dan pelajar perempuan di surau bagi memberikan keselesaan kepada mereka








    Pada kali ini , tema yang dikemukan adalah Berkasih Sayang Kerana Allah , jadi pada permualaanya , bacaan alquran bagi setiap usrah dipantau oleh setiap naqib dan naqibah 
Selepas itu , pihak badar mengadakan satu aktiviti yang berkaitan dengan tema pada kali ini . 
Di sini , kami dapat melihat kemesraan dan eratnya naqib /naqibah dengan adik adik usrah mereka , dan harapan agar mereka terus mengeratkan silaturahim yang terjalin .




Tiada ulasan: