18 Mac 2017

PROGRAM SEHARI SELEMBAR ALQURAN

Pada 14 Mac 2017, Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur SM Sains Rembau telah menganjurkan program Sehari Selembar AlQuran. Program yang julung kali diadakan ini diadakan sejurus selesai solat fardhu Maghrib dan Solat Sunat Hajat.



Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan warga semesra untuk menjadikan AlQuran sebagai teman karib sepanjang masa. Selain memberikan ketenangan kepada jiwa para pelajar, program ini turut memberikan pendedahan kepada aspek pembangunan sahsiah pelajar sejajar dengan misi sekolah iaitu menjana peribadi unggul melalui pelbagai bidang ilmu kearah pencapaian bertaraf dunia. 


Program yang diadakan ini dikendalikan sepenuhnya oleh AJK Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau. Semoga dengan aktiviti yang dilaksanakan ini akan memberikan impak yang besar khususnya kepada para pelajar SM Sains Rembau seterusnya menjadikan mereka insan yang berjaya didunia dan akhirat

Tiada ulasan: