24 Oktober 2012

Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan SPM

Assalamualaikum..

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bersempena meraikan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM telah diadakan pada pagi tadi bermula jam 10.00 pagi. Majlis telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Sains Rembau dan turut dihadiri para ibu bapa dan guru para pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Rembau 2012. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengerusi oleh Ustaz Shahiful Izuan bin Ismail, Imam 3 dan kata aluan  oleh Puan Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Rembau, Puan Hajah Norzila binti Idris. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada kali ini telah dipimpin oleh Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin Imam Dua Surau Sekolah Menengah Sains Rembau. 



















Sesudah majlis berakhir para ibu bapa dan guru dipersilakan untuk ke jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Semoga dengan doa yang dipohon dan diaminkan oleh para ibu bapa dan guru untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dimakbulkan oleh Allah. 

Tiada ulasan: