04 Februari 2011

orientasi pelajar tingkatan 1 bersama BADAR (:

Pada 9 Januari 2011 yang lalu, pihak BADAR telah diberi peluang untuk bersama dengan adik-adik tingkatan satu yang baru sahaja mendaftarkan diri di SEMESRA. Sesi bersama BADAR telah dijalankan bermula dari pukul 9 malam. Majlis dimulakan dengan pengenalan BADAR dan ahli-ahli BADAR. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada ustaz Nadzarul Amir. Suasana bertambah gamat apabila melihat telatah adik-adik tingkatan satu bermain permainan "buaya biawak" yang dianjurkan oleh pihak BADAR. Permainan ini terbahagi kepada empat kumpulan. Dua kumpulan terdiri daripada pelajar putera dan dua kumpulan terdiri daripada pelajar puteri.

Setelah penat bergelak tawa, slot diteruskan dengan slot segunung harapan. Adik-adik tingkatan satu menuliskan harapan ibu bapa mereka di atas sehelai kertas dan diberikan kepada abang-abang dan kakak-kakak fasi. "Sayang si buta", itu nama program yang dijalankan setelah slot segunung harapan. Semua pelajar tingkatan satu menutup mata dengan sehelai kain. Ada yang menggunakan tali leher, tudung, kain batik dan sebagainya. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat keberanian dalam diri pelajar-pelajar tingkatan satu dan menerapkan nilai percaya  bahawa Allah sentiasa bersama kita tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Adik-adik tingkatan satu dibawa ke luar dewan dan dipisahkan daripada kawan-kawan. Sementara itu, abang dan kakak fasi mengganggu mereka dengan pelbagai bunyi. aktiviti ini sangat menyeronokkan bagi abang dan kakak fasi, tetapi sangat menakutkan bagi adik-adik fasi. Maaf ya adik-adik? (:

Sebelum berakhir sesi ini, abang dan kakak fasi menjalankan slot keinsafan bersama adik-adik tingkatan satu. Slot ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar-pelajar tingkatan satu tentang kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka menghantar mereka ke SEMESRA untuk mencapai kejayaan , bukan menanggung kegagalan.
















Berikut adalah Ahli Jawatankuasa bagi sesi ini...
Guru penasihat : Ustaz Nadzarul Amir
Ketua aktiviti : Amir Zani
                     : Afiq Azmi
Pengacara Majlis : Ahmad Rahimi

Tiada ulasan: